i lOve you.. muaahh !

Monday, 31 March 2014

Goodbye 19, hye 20 ! ✿◕ ‿ ◕✿

Bismillahirahmanirahim..(✿◠‿◠)

      Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang bernafas dibumi ini dan meminjamkan nyawaNya sehingga ke hari ini. Terima kasih yaAllah.. Aku harap yang diri ni akan lebih banyak menyumbangkan sesuatu kepada agama aku sendiri. K, now aku dah 20 tahun, nak capai ke angka 2 ni memang takut.. bukan takut ape, tapi takut tua. Mihmih.. Terima kasih kawan2 yang mendoakan dan wish birthday aku kat Whatapps, Facebook, Mesej. Thanks my belove family, Thanks mama sebab melahirkan anak yang comel ni. Wuttwutt ! :*

      Ok ni nak ceritalah yang aku kena prank dengan member aku sendiri masa birthday aku. (25/3/2014). Hey, hok ni mang geram + terasa hati ni sebab dorang taknak pon wish birthday aku. sedih makk tau.Aku seap bagi2 clue konon nak hadiah dengan harapan dorang akan wish birthday aku, sekali hampeh senyum2 wat taktau je. Tssk ! Ni kes terasa hati part 2,roommate aku mang pandai berlakon die buat macam nothing happen je muka tak bersalah borak2 dengan aku tapi xwish. Cisss, takpe korangg tengok ah birthday sekoq2 nanti macam mane aku balas. Wkwkwkw ! gelak syaitoon.  Dah semua orang xwish petang tu pas exam jugak aku nak balik Batu Pahat membawa hati yang lara pulang ke kampong halaman dengan harapan mama akan mengHappykan hati aku :P fuhh  semput baca ayat ni takde koma mahupon titik noktah. :P

      So, aku pon cakaplah dengan Boy aku ni yang aku nak balik Johor nak celebrate dengan mama je sebab mama pon cakap kalau balik mesti die buat pulut kuning, masak sedap2 untuk aku. yesszaa ! Ingat dia bagi balik rupanye TAK ! Beriye je suruh aku jangan balik, dia bagi lah macam2 alasan ynag munasabah yang menyedapkan halwa telinga aku mendengar, ok cairrrrrr so tak balik. Dia suruh balik esok je. Ok ni Lepas magrib punya cerita pulak, Ika suruh aku datang taman dengan muka cemas+toya nya cakap yang Tikah nangis taknak balik(masa ni berkrisis sikit sebab tu dia ade point prank aku), nak aku datang taman jugak. Ok aku dengan lembut hati datang, kalau hati aku keras habis cair kek aiskrim tu kan jadi leper terus. Korang sambut lah sendiri. :P ok dah sampai taman aku carilah Tikah ni konon nak pujuk katenya tapi Nampak lilin2 pulak,dalam hati aku cakap 'diorang ni nak prank aku ni'. Datang2 je semua nyanyi happy birthday untuk aku. weeee… happy sangat ! seap tiup2 lilin lagi kaw.. pastu seap bagi bunga lagi.. berbunga2 hati ni bila dapat bunga. hadiah lagi dapat.Hahaha..Alhamdulilah. Thanks kawan2 yang datang wafa, ain, lela, niza, nazira, ayaa, nad,ika kecik. Love You All. Thanks jugek kat anak mahmood si atiq atikah blackpores+lastsoldier ni plan dengan my sayang sebulan yang lepas. Hihi pandai ye korangg !♥(ˆ⌣ˆԅ)


      To my sayang, I really appreciate what you done for me and for my birthday surprise. Dah pandai surprise2 kita kan. Hope after kawen pon wat macam ni k? bagi satu bouquet coklat ferrero roche dalam bentuk bunga mari.. hahaha. I Love you so much sayang, you are so sweet+romantic now !  yeahhh ! Thanks bagi bunga segar, segar mata ni nak study boring2 dok main dengan bunga. Lapar pon disuruhnya kita kunyah bunga. Taknak membazir katenya. :*

ok itu sahaja dari saya, thanks sudi membace (>‿◠)✌


Kek icecream,sedapnya bila ingat balik. yummy..

 menunggu kedatangan datin ct untuk tiup lilin. :P

waktu ni hati kita berbunga2 macam ni tau
harap bunga dekat hati ni terus mekar
 (っ◕‿◕)っ ♥

kawan2 kesayangan yang
 memeriahkan lagi padang yang sunyi. hehe

sebelom nak bukak bunge letak dalam satu bekas,
 baik kita snap pic banyak dulu. wuuwuuu
mase ni dekat padang pakai selekeh2 je ni
 kalau tau pakai cantik2.
 tapi takboleh dorang men kasar simbah air. hahaha

lahh ! si gemukk ni yang over tiup lilin kek kita. hahaha Werk :P

sibukk ah die ni nak terkejut , patotnya kita yang terkejut. hish !
:P


Wednesday, 4 December 2013

★ Raya 2013 ★

Assalamualaikum 

      Entry ni dah lame tersimpan dekat draft tak tau bile nak sambung updatenye yelahkan lepas raye sebulan lepas tu busy dengan final. Yeke sebulan ? takpelah. Aku anggarkan je ni. Hehe. Ok mari nak habaq raya kali ni. Aku rasa raya kalini mang aku banyak bershoping. Shoping dekat KL lain dekat Batu Pahat lain..hehe.. sbar je lah perempuan kan mang kuat bershoping membazirkan duit je. Mase raya mesti baju jalan, baju raya, seluar, kasut, beg, eh semua lah kan mesti serba nak baru. Kalau tak baru mang tak best ah wa ckp sama lu.

     Ok, setiap kali raya mang raya dekat Johor kampong aku kat sane, sedara-mara pon mang ramai kat sane. Raya kalini meriahlah jugak tapi tak macam raya sebelum2 ni. Macam biasa ah setiap kali mercun, bunga api, bom segala bom mortar eh semua la hade.. wajib.. Hee mengarut je* Malam raya itu ibu2 bapak2 semua berborak dengan rancak sambil tangan tu menganyam ketupat. Aku? Pergi shoping baju raya tengah malam baru balik,pastu kroohhh kroohhh sampai pagi raya~~ haha Baju raya akak aku yang bereskan dia iron semua baju family aku. Terima kasih kakak mithali. Ehhe.

    Baju raya aku kalini warna hitam. Saje nak pilih warne hitam sebab tak de lagi baju raya warna hitam. Bosan je kan tengok warna hitam, orang lain semua warna cerah2 tapi takpelah aku suka nak buat macam mane khonn ! dan 1st time pkai shawl halfmoon beb.. hikhik.. Pagi raya tu mang wajib bangun pepagi kalau tak mulut mama bising je. Errr ! setiap kali raya mang aku orang paling lambat siap sebab malas nak mandi. Haha ! semayang raya? Oppsss! Haha .ok pas seap2 tu kiteorang makan2 dulu tunggu semua sedara mara datang meriah sikit kan. So bila dah beramai tu beratur salam and amek duit raya. Eeiiii besttt nya dah besa2 pon dapat lagi tau duit raya. Mintak maaf dengan semua orang lagi2 dengan mak sendiri tu yang penting. Bukan time raya je ye nak mintak maaf hari lain pon boleh. Then,  Mintak maaf dengan adik beradik aku pulak.

     Lepastu pergi beraya umah adik beradik bak(atok), sepupu sepapat yang jauh2. Raya kalini mang takde beza dengan raya tahun lepas aku tercirit birit nak sedap halwa telinge dengar cherry bery(CB). Hahaha. Mane taknyee pergi rumah orang ni makan, pergi rumah orang tu makan, mang wajib ah kena makan rase rugi kalau tak makan tau. Hahaha. Makan sampai tak ingat dunia kaww sampai nak meletup perot. Haha. Esoknya dorang pergi beraya lagi aku dah tak larat kalau pergi pon kena pakaikan kuchii kuchiii pampess heyy ! haha. K ni gambar raya aku tahun 2013 punya ok ! Alaaa xde pic family lahh.. Lupe nak amek kat tab abg aku..




bersama atokku yang tercintak :*


bersame kazen yang paling aku sayang :)


1..2...3... senyummmm.. klickk*


elok ah tu keluarkan lidah? meh aku gunting
lidah baju pink tu :P


dating dengan kecintaan di Mcd 

....
.........
...................

the endd !


    

Tuesday, 3 December 2013

✿ Birthday Girl ✿

Assalamulaikum <3


Rajin pulak jari jemari ni nak menaip, kalau tak malas saje. Haha. Ade sape2 tak rindu? Krikkk krikkk xde orang maaf perasantan je lebih ni. Sobs sobs.. aku baru teringat nak buat entry pasal birthday aku yang telah berlalu pada zaman tok kadok yang lalu iaitu 25.3.2013. hehe.. Ni dah bulan12.. Baru sekarang nak update, jadilah daripada belog ni tergendala untuk sekian lamenyee pun.. ok lets goo! 

Aku ni makin kebesor tak dapat banyak hadiah sangat lah.. mencikk mencikk ! :”( kalini aku punya birthday mase aku tengah study week kek aku waktu tu buku je lah.. haha.. waktu tu time aku study week stay dekat kolej akak aku dekat UPM. Petang befday tu, along aku hanta makann nasi lemak sotong, choc moist and roti jepun. Ingat lagi aku tak lupe pon. Along cakap tu hadiah befday aku tapi masalah nye akak aku pon dapat jugak bende yang same. Manee aciii along niii.. :P patotnya k.et dapat nasi bujang, kek yang rm2 tu haa, pastu bagi roti baii yang keras tu.. hahaha kejam* Btw, thank u so much along dari KL ke Serdang semate2 hanta makanan aka hadiah befday J leppp leeppp youuu !


Esoknya pulak kak et ajak pergi The Mines alahh dekat je dengan UPM tu akak2 aku and anak buah nak jumpa.. Sampai2 je tengok kak eka dah bawak satu kotak besar ni.. ku pikirin apa sihh ghupenyee kekkk untukk akuu.. weee~ bestttnyaa dapat makan kek..red velvet pulak tu.. penuh dengan cheese je.. yummmehh ! thanks kak eka.. love you ! kak et pulak hadiahkan AlQuran.. dah dua kali kak et bagi AlQuran dengan harapan adiknya khatam berkali2.hee.. insyaAllah.. J Abang aku pulak wish jee nak collect hadiah kat dia jauh pulak kan kat shah alam nuhh.. ok fine!! Anak buah aku pulak bagi choc cadbery sekali ngaapppp je dah habis ku telan.. mane cukuppp ! uwaaa :’( hahaha. Tak bersyukur pulak kan.. Alhamdulilah.. Thanks leppchiuuu all.



My lovely pulak hadiahkan cincin.. cincin bukan sebarang cincin.. cincin ada maknaa. HAHAHAHA evil laugh* nak cerita lebih kat sini tak bolehh tunggu lah masa yang sesuai..eh? dah habis? pendekknyeee..hihi okkk jommm tengokkk gambarr pulakkk untuk santapan mate ni agar tidak juling :P


kek red velvett, pehh meleleh ayaq lioq. slurpp




AlQuran my sis bagi, harap pasni rajin bace AlQuran :)




eh ? hai, name saya Betty hikhik :*




Cincin dari dia . Thanks Mr.Right :D senyum sampai pipi 

Thursday, 9 May 2013

Pahang ❤ again about us :)

Assalamualaikum...(pesanan dari aku ye..harap korang tak bosan bace entry yang panjang untuk kali ni sekian ... J)


Haiihh lame jugak kan tak update belog si-debab ni.. Almaklomlah makin debab dah malas nak taip entry baru yang tau mase cuti sem ni makan tido , makan tido.. ehh* haha.. Bosan lah 2bulan duduk rumah tak tau nak buat ape.. aku pon buat plan sendiri nak pergi Pahang.. kebetulan my geng semue free kan so masa tu lah kiteorang nak berkumpul balik kan kan kan..wat sore gedik plishhhh* kiteorang tidur hotel tau nama hotel tu hotel Wan Rai yang terletak di batu kapur.. sila cari kalau jumpa.. kalau tak jumpa sila terjun sungai yang berdekatan.. ihiks.. Aku duduk sane seminggu taukk.. bila ingat balik rase malu lahh duduk lame2 kat rumah orang.. tutup muka* semua Rai punya pasal bila cakap nak balik je mula lah dia buat hujan lebat (air mata membasahi bumi)  aku takut banjir je sungai Pahang tu.. hahaha ! maaf Rai.. ihiks..

Aku sampai2 sane je Rai amek tapi..tapi Rai amek aku lewat lah perot ni dah bunyi macam orang main gendang cina tau.. uhuk.. batuk* sampai kedai makan aku order nan cheese , ayam tandoori dan air limau suam. Nak minum ais tak kesampaian karang En.Hubby membebel macam mulut itik. Harap maklom. Hihi. Mase ni aku, Nabila, Rai je yang ade. Sulaiza masih kat rumah lagi sebab dia cakap kejap mak die bagi eh kejap mak dia xbagi eh. Haa banyak sangat eh kang aku tampor jugak muka kau karang :P hehe. Lepastuh kiteorang pergi pasar malam usya2 aku beli buah tangan untuk nenek rai. Perlu ke citer? Hehe. Peduli pulak kite en?

Hari kedua , bangun je dari tidur kiteorang pergi amek Sulaiza kat Temerloh Jaya sebab kiteorang nak pergi jenjalan. Woohooo.. And for the pes time aku bawak kereta woo.. kereta auto lah manual tak pandai lah awak itte nak drive. Hihi peace* aku bawak kete nak amek kanan ke kiri ke tak payah nak bukak signal ,terus amek kanan or kiri.. jalan bapak haku kan biasa lah.. hoho.. buat hedong besar* lepas amek Sulaiza kiteorang pergi tukar tayar kereta Nabila lah ni time ni lah nak tukar kan.. J  Lepastuh perut lapar kiteorang pergi makan kat Marry Brown nak merasa sebab dah lame kan tak pergi sane. Start aku duduk pahang takde nye wujud Marry Brown ni lagi hulu je Temerloh tu.. haha.. sorry oakme yek koy kutuk Temerlove oak ter (attention ! hanya orang temerloh je pahang ape koy kabo ni) .. pastu kan pastu kiteorang pergi singgah dekat Esplaned tengok sg.pahang dan bergambar2.. pheww~ nak tengok gambar baca dulu entry ni sampai muntah baru gambarnye muncul. Ihik~ lepastuh malam pergi Starmall nak pergi usya ticket Iron Man pergi2 je kat depan kaunter tu tertulis “ticket iron man untuk hari ini telah habis” kebabian apakah.? Hahaha ! nak pergi ronde kat mall pon kedai2 sane nak tutup dah. Adoiii awal betol tutup kan.xbest betul ! L kan dah kena balik awal. Haha.


Hari ketiga,bangun tidur je Nabila plan ajak mandi air terjun. Kiteorang pergi mandi air terjun kat Lentang. Jauh sangat kami merayap untuk kali ini. Sangat syiokkk woo. Sampai sane je kami cari air terjun yang paling atas sekali. Mandi kat bahagian atas best sikit kalau kite kencing pon orang bawah yg kena. Haha. Jahat amat aku ni kenn :D cari2 air tejunnye takde kiteorang pon mandi belah2 bawah je lah air nyo sangat sejuk segar je kalau time panas bahang duduk rumah best ni rendam dalam air sejuk kat lentang ni.. pakkal rumah i jauh je tau tau. Kalau x muka i lah yang menjadi tarikan pelancong. Krohhh kroohhhh ~ haha. Dah puas mandi kiteorang pun chaww pergi salin baju dalam kereta. Dalam kereta je tau kiteorang salin baju. Lawak kan ? gelabah je salin dalam kereta takut orang nampak.  Nasib kereta Nabila dah tinted so tak berapa nak nampak. Lepastuh kiteorang singgah di genting sempah makan mcd perut lapor woii swimming + tahan ketar sejuk nye air tu. Seronok sangat entah bila pulak nak macam ni lagi kan korang.? L Rai cakap next time plan nak pergi pulau pulak. insyaAllah. Harap2 jadi ok. Kumpul duit tau korang.?

Hari ke-empat, tu sulaiza nak balik sebab dia nak amek lesen kereta pulak. Kurang satu orang geng. Haihh ! lepastu aku dengan Nabila pergi lepak kedai sheikh sebab nak on9 punya pasai. Rai pulak busy jadi driver hantar/ambil adik2 dia dari sekolah so tak dapat lepak sama. Petang tu ingat lepas ambil mak Rai nak pergi lepak Esplaned sekali sampai je Temerluh kereta Nabila pulak wat hal. Dah tak jadi pergi sana. Malam tu just lepak rumah je takde pergi mane2. Aktiviti keluar malam tergendala sebab kereta masuk bengkel esok baru dapat ambil balik. Esok malamnye pulak mak Rai nak belanje kiteorang makan steamboat dekat rest house. Fuhhh, makan besa seyhhh kiteorang malam tuh. Thanks mumy ! balik tu kiteorang tidur dengan senang hati sebab dah bagi perut i ni makan sodap2 you. Hee~

Hari yang seterusnya kiteorang berjalan je lepak kat kedai makan and pergi lepak dekat esplaned , naik jambatan gantung. Seronok kau dok meloncat berlari kat tengah2 jambatan gantung macam monyet terlepas. Haha. Saje je nak bagi terputus tali jambatan tu baru lah aktiviti kita bertambah extreme kan kawan semua? Maybe masuk utusan Malaysia muka depan kot. Haha. Esoknya aku pun balik johor.  Sangat sedih ye nak2 Rai nangis berie. Haha. Btw thanks Rai tumpangkan tempat tidur kalau takde Rai mungkin kiteorang tidur rumah kosong je kot.. hehe. Aku dah mule rindu kat korang semua tau. InsyaAllah satu hari nanti kite berkumpul balik ye Rai , Nabila, Sulaiza. Rindu korang semua. Lebiuu sayangs ! lots of LOVE. Nah aku hidang kan korang gambar untuk santapan mate :P



Di Marry Brown
1. Suke wat muke ni, Rai pulak cover ayu
2. Nabila & me
3. Nabila & Sulaiza
4. Bukti aku drive kereta. nunjuk sangat :)


Temerloh, Esplaned
1. mintak ape tu beb? :P
2. Amboi Sulaiza nak jugok yak posing ?
3. Raifana & Nabila
4. mereka :)

Starmall ,Mentakab..
Rai belanja makan Secret woii , rugi lah susu kau balik.. haha
-> yang meja berserabut tu di KFC ye . sekian !


Tunggu pomen datang lame sangat aku dengan  Rai
bergambar sebentar  bersama KitKat :D



Thanks read my entry ! :*

Tuesday, 9 April 2013

Sahabat selamanya ❤

Assalamualaikum 
(jawab salam aku ni kalau x ketuk kepala kang)..

Siapa kat sini ade kawan , kawan baik ke kawan jahat ke ? angkat bulu hidung aku nak kira bulu hidung kau ade berapa banyak siapa paling banyak dia banyak kawan . sengal pengotor betol lah ! ok2 kawan ni kan ade pelbagai jenis . Ade yang kawan dengan kita time kita senang je . Susah ? dia akan chaww kawan dengan orang lain . Lepas tu bila dia susah dia cari kita balik . Kawan yang macam ni kita patot jet je muke dia tu bagi berlobang besa hedong dia . Peduli pulak kite kan . Sape suruh perangai macam najis tahik kambing . sangat susah k nak dapat kawan yang jenis membantu kita time senang ke susah kebanyakan nak amik kesempatan dalam kesempitan . Aku kira bersyukurlah dan beruntung tau ade kawan yang ade time aku susah atau senang . Event dorang duduk jauh tak bermakna persahabatan ini semakin jauh and renggang . Tidak sama sekali :)

Nur Raifana Najwa(Rai) , Siti Sulaiza(Susu) , Nurul Nabila(Jeji) , Nur Aimi Liyana(Milo) ini kawan aku masa zaman sekolah lagi apa orang selalu cakap zaman kita berhingus hijau pekat pastu mak yang lapkan . Haha ! Rai kawan aku mase sekolah menengah lagi kami baru rapat masa Form4 pastu tempat tusyen pon sama . Kalau kat sekolah rehat dengan dia and the geng weolls conquer satu meja ok makan sambil berborak gosip macam buat rombongan cik kiah . haha . Susu , Jeji , Milo pulak bukan kawan satu sekolah semua ni . semua lain2 sekolah tapi kami still boleh jadi rapat . Pergi mana mesti berlima tau . Balik tusyen , pergi jalan , pergi makan , pergi kem2 wajib berlima . Kurang sorang macam tak lengkap . Dulu weolls ni suka sangat berkongsi cerita , bayangkan kalau 5 orang share cerita dorang sampai ke sudah takkan habis . Kalau nak berdating nanti mesti kena tolong cover . haha . Kalau pergi ke kem pulak sampai tak tidur sebab banyak cerita yang nak dicakapkan .

Aku masih ingat lagi Rai mase pergi UMP dah buat group masing2 pastu tersedar yang dia pakai baju terbalik . Tengok2 asal baju dia takde gambar yang macam kiteorang pakai special ke dia punya baju sekali die pusing belakang gambar tu kat belakang. haha. pakai baju terbalik nak cepat kan kelam kabut sampai mcm tu . gelak besa* Jeji pulak gila2 perangai and paling suka buat lawak , mulotnye sangat riuh macam murai.com Susu and aimi  pon boleh tahan jugak kalau buat lawak spontannya tu. then , kalau salah sorang antara kami ade masalah dorang bagi pendapat nasihat masing2 . jumpa dorang mesti hilang masalah tau :') .Banyak sangat kenangan yang kita lakukan    sampai aku lupa sebab banyak sangat . hehe . Tapi lepas masing2 dah dapat sambung tawaran belajar , masing2 busy , yang paling susah sangat nak jumpa Aimi sebab Aimi dia masuk politeknik. Aku , Rai , Susu UITM , Jeji pulak kerja .aku pulak dah pindah johor jauh pulak tu dari dorang nak hang selalu pon susah . Aku rindu korang sangat2 kalau ade mase mang aku akan jumpa korang and sanggup naik pahang semata2 jumpa korang so aku lagi baik dari korang kan.? jwab2 ! haha. :P

Lastly , khawen jangan jumpa jemput tau . pastikan aku jadi pengapit korang . haha . Semoga persahabatan kita kekal till jannah , diredhai Allah SWT . amin rabb :) jangan lupa aku yang jauh dimate ni ek . Hoi Milo , Susu , Jeji Rai kalau dah bace tu komen ahh aku nak tau korang bace .hehe. tata wsalam .
dari kiri ~ Aimi keding :P , Jeji ranting , me(si comel :P) , che.. 



Fantastic babey dance woohooo . Jenjalan di Kuantan :)





Baru2 ni aku naik pahang . dari kiri ~ Susu , Rai , me
tah pape je Susu ni tunjuk benda alah tu :P 








Saturday, 6 April 2013

Fantastic Five, Hoyehh ! ツ

Assalamualaikum 

                                                                  
FANTASTIC FIVEdari kiri ~ Along , k.et , Angah , K.eka and me 
Eh, kau, kau dan kau . kau ade berapa adik beradik ? siapa sikit dia kalah. Gelakkan dia, hahaha ! Cis , tak baik lah aku ni jahat kan. Aku ade 5 sizzling sibling. 4 perempuan 1 lelaki. Semua handsome2 cantik2 dan tak lupe juga ke'ohsem'mannye itu. Kakak yang sulung diberi nama Nur Hafila binti Lokman, kedua abang ku yang dipanggil angah diberi nama Nor Azan Syah bin Lokman , lalu kakak ku yang ketiga pulak nama diberi Nur Afiqah  binti Lokman ,boleh panggil die Afiq , k tipu. haha. panggil kak Eka je tau tau, pastu kan pastu terkeluar lagi kakak ku buat kali yang ketiga, hahah! Kakak aku yang ketiga ni special sikit sebab takde dah Nur2 ni , ke cahaya dah takde ni. haha. Nama dia Siti Khadijah binti Lokman. Name isteri Nabi uolls. InsyaAllah perangai pon akan turut same. Baby yang ke-5 aku ah tu. peace atas kepala*

Tanggal 25/3/1994 pada hari jumaat pukul 12.45 pada masa tu semua orang pergi solat jumaat maka lahirlah baby girl yang cute miut. (wat peace sikit)  Lalu atas persetujuan semua ayah aku membagi je aku nama Siti Zubaidah binti Lokman. K terasa gedik sangat diri ini nak keluar time orang pergi semayang jumaat. Sebab malu mungkin nanti orang lelaki tengok i keluar dari perut mama i. Ahakz! Baby yang ke-6 pula terkeluar dari perut mak aku. Mungkin kalau ade aku bakar ke panggang hidup2 kot. Aku tak mau ah adik lagi. Biar aku je yang jadi adik. Sangat manja bukan aku? (y) untung ah laki aku dapat budak manja. phuik. kihkih. Nasib mama tak boleh pregnant lagi. fuhh hembus nafas.... Aku nak semua manjakan aku sorang je. bayangkan kalau ade adik , mesti kite je kan yang kene marah. hm . geli je nak emo bagai relax sudah ah . ;)

K aku nak citer perangai sensorang family aku. Mula dari along.. emmmm, along ni garang orang nya. mulutnye potpetpotpet. jait jugak karang mulut tu. ok tak tak. Dia seorang Kak long yang bagus sporting, caring, ape lagi yang ade ing kat belakang semua dia lah. haha. Ha ! lagi satu dia suke tolong adik2 dia wat assignment. Double baik kan kak long ni. lagi satu dia suka masak yang sedap2 kalau adik2 dia datang rumah. sekarang ni dah lame tak datang rumah dia, rindu masakan dia. tapi apakan daya sobs sobs :'(.. Dia ni debab montel orangnye. tengok tangan la beb banyak isi ke tak. dah lah pendek. ciss ! Xbaik je kan aku ni. Maksod aku pendek2 die comel je tau. suke tengok care dia jalan. lagi satu Suke tengok kulit along gebu n putih sangat . hehe. THE END pasal along, mari kita cerita pasal abang kesayangan aku yang hot ni. kenyit mate sambil wat  peace !


Angah , angah ni baik orangnya cool je tau. untunglah wanita yang dapat die. die tak khawen lagi sebab dia cerewet lah. nak yang mata bulat hidung mancung and opcoz yang menutup aurat. sesape ade ciri ni tak? Im no korang kat inbox fb aku. :) cepat ! siapa cepat die dapat. :P angah ni tak pernah marah2 adik2 dia tau kalau korang nak tau , Ye ! sumpah ok aku tak tipu lagi  suka tolong adik2 dia dari segi kewangan. hehe. terima kasih angah. memandangkan dia sorang sahaja anak lelaki tunggal dalam keluarga maka mama i ni kan macam manjakan dia lebih tau mengalahkan i tau. mencik!  Apa2 pon mang angahlah abang yang paling baik tau didunia ini. hehe. Adik doakan angah cepat kahwen , dapat isteri yang solehah, dimurahkan rezeki, tak sabar rasenya nak dapat kakak ipar tau. :') THE END . tetibe nak the end kan aku ni spoil je ayat pon macam tergantung, ahh peduli ape semua ni. malas taip panjang2, nak kenal meh inbox no korang kenal dengan aku bukan dengan abang aku tau. hahak. 

K.eka pulak kakak no.2 i . Dia sangat pemalu orangnya , jaranglah keluar rumah kalau ade benda penting aje baru dia keluar. Tak macam aku benda tak penting aje aku main larong keluar , kalau ade benda penting baru duduk rumah jadi macam pemalu sikit. ahakz! sengal, fine..... kak eka ni rajin orangnye rajin tolong mama rajin buat kerja rumah ngaji baca novel , tapi satu je slack die kuat tidur. kahkahkah. kantoi disini ! kak eka sangat baik sekarang ni , dia bukan jenis yang suka marah tapi kalau datang mood tak baik tu jangan layan die . Buat2 tak kenal je sudah tidur sebelah2 pon buat2 tak layan . so sweet bukan ? (Y) kak eka jugak lah yang selalu bagi nasihat kat i , paling banyak ceramah i tau dalam bab2 agama yang  i tak berapa nak faham . :') Dia juga seorang yang lemah lembot okeh , tak macam aku lemah gemalai hahaha sila muntah hijau sekarang* haritu hupdate pasal graduation dia ni lah tapi sekarang dia nak sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi ye ye iaitu master ye anak2? k THE END :)

K.et kakak no.3 i , sobs sobs i banyak kakak tau tau uolls . uolls pulak bagaimana ? :D kak et ni seorang yang berdikari orangnya . kak et ni jenis otak bisnes . Mase baru2 ni study week kat hostel dia dekat UPM asal dia bukak je laptop mesti online tengok2 usya2 jenis kain untuk buat seluar palazo or tudung . katanya nak bukak butik sendiri . Semoga apa yang k.et nak buat ni termakbul dan berjaya . Kalau bukak butik sendiri aku rase aku kot yang customer tetap or model . Haippppp ! jangan nak cakap lah badan berisi macam aku ni tak boleh jadi model . bolehlah tapi versi gemukkkk ! :( fine ! lepastu kak et cakap nak sambung master jugak tapi dalam course motivasi yang seangkatan dengannya lah sebab kak et ni ade ciri2 dah menjadi seorang pakar motivasi yang berjaya. Amin... Ohh bulan7 ni dia dah nak graduate dah  tahniah k.et. My idol is my own sister bukan retis2 wokeyh ! :P THE END lambai tangan*

Yang ke5 or yang bongsu baru aku . ok aku malas nak taip panjang2 nak kenal aku dengan selanjutnya pandang belah kanan korang tengok atas sekali ade Facebook aku klik je kat situ and korang dah boleh berkawan dengan aku ok . I tak sombong i kakilike lagi . sesiapa yang batak LIKE tu boleh ahh soh aku like status ke picture korang , aku akan like . bergantung pada mood aku jgak. haha. Baru tersedar ok saya ni kejap guna bahasakan diri aku kejap I. haha. Lhantak lah ye. asalkan korang enjoy baca :) . sekian wassalamualaikum !


Saturday, 2 March 2013

proud of u sis !

assalamualaikum !

nampak tak tanda seru tu ! sedang excited sekarang ni nak hupdate pasal akak aku yang baru2 ni *tak baru sangat lah dah dua bulan yang lepas. sobs sob. ketinggalan zaman sebab benda yang dah jadi pekasam baru sekarang nak menaip. toink~ foine !  My sis telah menerima segulung ijazah di MSU pada 6/1/2013 tahun ni. Yes! tahun ini bukan tahun lepas semestinye. :) Dan aku satu family semua pergi graduation tu, oh lupe, bukan satu family je dengan kawan2 sekali aku angkot. hehe.

Aku, angah dengan mama hadiahkan dia bear pastu ade bunga hidup.Seminggu lepas tu bunge tu layu pastu campak dalam tong sampah. haha perlu ke cerita ni. :) kak long pulak belikan kfc atas sebab musababnya beli makanan boleh mengenyangkan perot. Dia cakap kalau belikan bear ke bunga ke boleh makan ke? tak silap kak long sumbat bunge ke bear dalam mulot korang bagi kenyang. tsskk. sentap* Eleh along ni biarlah nak beli pape pon. ok kalau beli makanan makan2 esok luse sakit perut mesti gedebusshhh balik kan. hahaha. at least beli bear kalau tengok bear tu teringat la juga kenangan silam. tak gitu?

At first,(bukan 1st dah ni. dah nak akhir. haha)what i wanna say is CONGRATULATION of coz and Alhamdulillah Syukur padaMu yaAllah. ini rezeki untuk kak eka yang berusaha mendapatkan segulung ijazah. Tiada ape yang dapat membalas balik pengorbanan mama menjage kita kecuali dengan menggembirakan hati dia dengan kejayaan ini. Ya ini pemangkin aku untuk mengikut jejak langkah kakak2 aku yang lain. adik, harap kak eka berjaye didunia dan diakhirat, k sis? cari kerja yang best2 naa. adik sentiase doakan yang terbaik buat k.eka and due orang akak adik yang lain juga. adik harap awak sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Adik suke sangat tengok adik beradik kite berjaye.. boleh adik duduk rumah goyang kaki, sambil tunggu income masuk tiap2 bulan. eh* kk typo semakin berleluasa disini, haha.

Last, suka hati awak lah nak jadi apa pon asalkan jadi insan yang berguna didunia mahupun diakhirat. insyaAllah. I LOVE YOU , MUAHH !




INI KAK NGAH , EH X2 NI LAH ANGAH YANG TERPALING SAYANG :)




Ni pulak hadiah yang i bagi tau u'olls. kecik sikit bear nye daripada yang angah i pegang tu.
perlu ke nk compare bagai ha ? cakap?! aq cekik kang !





Ni lah kak eka ku sayang. dia lemah lembut orang nye. takut lipas lagi. haha.
good luck sis <3






Haa yang ini pulak bakal isteri orang, ghahaha. ape peace2?
kalau  belajar xpandai khawen kan aje mama aku ckp. setuju cakap mama !  :D