i lOve you.. muaahh !

Saturday, 2 March 2013

proud of u sis !

assalamualaikum !

nampak tak tanda seru tu ! sedang excited sekarang ni nak hupdate pasal akak aku yang baru2 ni *tak baru sangat lah dah dua bulan yang lepas. sobs sob. ketinggalan zaman sebab benda yang dah jadi pekasam baru sekarang nak menaip. toink~ foine !  My sis telah menerima segulung ijazah di MSU pada 6/1/2013 tahun ni. Yes! tahun ini bukan tahun lepas semestinye. :) Dan aku satu family semua pergi graduation tu, oh lupe, bukan satu family je dengan kawan2 sekali aku angkot. hehe.

Aku, angah dengan mama hadiahkan dia bear pastu ade bunga hidup.Seminggu lepas tu bunge tu layu pastu campak dalam tong sampah. haha perlu ke cerita ni. :) kak long pulak belikan kfc atas sebab musababnya beli makanan boleh mengenyangkan perot. Dia cakap kalau belikan bear ke bunga ke boleh makan ke? tak silap kak long sumbat bunge ke bear dalam mulot korang bagi kenyang. tsskk. sentap* Eleh along ni biarlah nak beli pape pon. ok kalau beli makanan makan2 esok luse sakit perut mesti gedebusshhh balik kan. hahaha. at least beli bear kalau tengok bear tu teringat la juga kenangan silam. tak gitu?

At first,(bukan 1st dah ni. dah nak akhir. haha)what i wanna say is CONGRATULATION of coz and Alhamdulillah Syukur padaMu yaAllah. ini rezeki untuk kak eka yang berusaha mendapatkan segulung ijazah. Tiada ape yang dapat membalas balik pengorbanan mama menjage kita kecuali dengan menggembirakan hati dia dengan kejayaan ini. Ya ini pemangkin aku untuk mengikut jejak langkah kakak2 aku yang lain. adik, harap kak eka berjaye didunia dan diakhirat, k sis? cari kerja yang best2 naa. adik sentiase doakan yang terbaik buat k.eka and due orang akak adik yang lain juga. adik harap awak sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Adik suke sangat tengok adik beradik kite berjaye.. boleh adik duduk rumah goyang kaki, sambil tunggu income masuk tiap2 bulan. eh* kk typo semakin berleluasa disini, haha.

Last, suka hati awak lah nak jadi apa pon asalkan jadi insan yang berguna didunia mahupun diakhirat. insyaAllah. I LOVE YOU , MUAHH !




INI KAK NGAH , EH X2 NI LAH ANGAH YANG TERPALING SAYANG :)




Ni pulak hadiah yang i bagi tau u'olls. kecik sikit bear nye daripada yang angah i pegang tu.
perlu ke nk compare bagai ha ? cakap?! aq cekik kang !





Ni lah kak eka ku sayang. dia lemah lembut orang nye. takut lipas lagi. haha.
good luck sis <3






Haa yang ini pulak bakal isteri orang, ghahaha. ape peace2?
kalau  belajar xpandai khawen kan aje mama aku ckp. setuju cakap mama !  :D

2 comments: