i lOve you.. muaahh !

Saturday, 6 April 2013

Fantastic Five, Hoyehh ! ツ

Assalamualaikum 

                                                                  
FANTASTIC FIVEdari kiri ~ Along , k.et , Angah , K.eka and me 
Eh, kau, kau dan kau . kau ade berapa adik beradik ? siapa sikit dia kalah. Gelakkan dia, hahaha ! Cis , tak baik lah aku ni jahat kan. Aku ade 5 sizzling sibling. 4 perempuan 1 lelaki. Semua handsome2 cantik2 dan tak lupe juga ke'ohsem'mannye itu. Kakak yang sulung diberi nama Nur Hafila binti Lokman, kedua abang ku yang dipanggil angah diberi nama Nor Azan Syah bin Lokman , lalu kakak ku yang ketiga pulak nama diberi Nur Afiqah  binti Lokman ,boleh panggil die Afiq , k tipu. haha. panggil kak Eka je tau tau, pastu kan pastu terkeluar lagi kakak ku buat kali yang ketiga, hahah! Kakak aku yang ketiga ni special sikit sebab takde dah Nur2 ni , ke cahaya dah takde ni. haha. Nama dia Siti Khadijah binti Lokman. Name isteri Nabi uolls. InsyaAllah perangai pon akan turut same. Baby yang ke-5 aku ah tu. peace atas kepala*

Tanggal 25/3/1994 pada hari jumaat pukul 12.45 pada masa tu semua orang pergi solat jumaat maka lahirlah baby girl yang cute miut. (wat peace sikit)  Lalu atas persetujuan semua ayah aku membagi je aku nama Siti Zubaidah binti Lokman. K terasa gedik sangat diri ini nak keluar time orang pergi semayang jumaat. Sebab malu mungkin nanti orang lelaki tengok i keluar dari perut mama i. Ahakz! Baby yang ke-6 pula terkeluar dari perut mak aku. Mungkin kalau ade aku bakar ke panggang hidup2 kot. Aku tak mau ah adik lagi. Biar aku je yang jadi adik. Sangat manja bukan aku? (y) untung ah laki aku dapat budak manja. phuik. kihkih. Nasib mama tak boleh pregnant lagi. fuhh hembus nafas.... Aku nak semua manjakan aku sorang je. bayangkan kalau ade adik , mesti kite je kan yang kene marah. hm . geli je nak emo bagai relax sudah ah . ;)

K aku nak citer perangai sensorang family aku. Mula dari along.. emmmm, along ni garang orang nya. mulutnye potpetpotpet. jait jugak karang mulut tu. ok tak tak. Dia seorang Kak long yang bagus sporting, caring, ape lagi yang ade ing kat belakang semua dia lah. haha. Ha ! lagi satu dia suke tolong adik2 dia wat assignment. Double baik kan kak long ni. lagi satu dia suka masak yang sedap2 kalau adik2 dia datang rumah. sekarang ni dah lame tak datang rumah dia, rindu masakan dia. tapi apakan daya sobs sobs :'(.. Dia ni debab montel orangnye. tengok tangan la beb banyak isi ke tak. dah lah pendek. ciss ! Xbaik je kan aku ni. Maksod aku pendek2 die comel je tau. suke tengok care dia jalan. lagi satu Suke tengok kulit along gebu n putih sangat . hehe. THE END pasal along, mari kita cerita pasal abang kesayangan aku yang hot ni. kenyit mate sambil wat  peace !


Angah , angah ni baik orangnya cool je tau. untunglah wanita yang dapat die. die tak khawen lagi sebab dia cerewet lah. nak yang mata bulat hidung mancung and opcoz yang menutup aurat. sesape ade ciri ni tak? Im no korang kat inbox fb aku. :) cepat ! siapa cepat die dapat. :P angah ni tak pernah marah2 adik2 dia tau kalau korang nak tau , Ye ! sumpah ok aku tak tipu lagi  suka tolong adik2 dia dari segi kewangan. hehe. terima kasih angah. memandangkan dia sorang sahaja anak lelaki tunggal dalam keluarga maka mama i ni kan macam manjakan dia lebih tau mengalahkan i tau. mencik!  Apa2 pon mang angahlah abang yang paling baik tau didunia ini. hehe. Adik doakan angah cepat kahwen , dapat isteri yang solehah, dimurahkan rezeki, tak sabar rasenya nak dapat kakak ipar tau. :') THE END . tetibe nak the end kan aku ni spoil je ayat pon macam tergantung, ahh peduli ape semua ni. malas taip panjang2, nak kenal meh inbox no korang kenal dengan aku bukan dengan abang aku tau. hahak. 

K.eka pulak kakak no.2 i . Dia sangat pemalu orangnya , jaranglah keluar rumah kalau ade benda penting aje baru dia keluar. Tak macam aku benda tak penting aje aku main larong keluar , kalau ade benda penting baru duduk rumah jadi macam pemalu sikit. ahakz! sengal, fine..... kak eka ni rajin orangnye rajin tolong mama rajin buat kerja rumah ngaji baca novel , tapi satu je slack die kuat tidur. kahkahkah. kantoi disini ! kak eka sangat baik sekarang ni , dia bukan jenis yang suka marah tapi kalau datang mood tak baik tu jangan layan die . Buat2 tak kenal je sudah tidur sebelah2 pon buat2 tak layan . so sweet bukan ? (Y) kak eka jugak lah yang selalu bagi nasihat kat i , paling banyak ceramah i tau dalam bab2 agama yang  i tak berapa nak faham . :') Dia juga seorang yang lemah lembot okeh , tak macam aku lemah gemalai hahaha sila muntah hijau sekarang* haritu hupdate pasal graduation dia ni lah tapi sekarang dia nak sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi ye ye iaitu master ye anak2? k THE END :)

K.et kakak no.3 i , sobs sobs i banyak kakak tau tau uolls . uolls pulak bagaimana ? :D kak et ni seorang yang berdikari orangnya . kak et ni jenis otak bisnes . Mase baru2 ni study week kat hostel dia dekat UPM asal dia bukak je laptop mesti online tengok2 usya2 jenis kain untuk buat seluar palazo or tudung . katanya nak bukak butik sendiri . Semoga apa yang k.et nak buat ni termakbul dan berjaya . Kalau bukak butik sendiri aku rase aku kot yang customer tetap or model . Haippppp ! jangan nak cakap lah badan berisi macam aku ni tak boleh jadi model . bolehlah tapi versi gemukkkk ! :( fine ! lepastu kak et cakap nak sambung master jugak tapi dalam course motivasi yang seangkatan dengannya lah sebab kak et ni ade ciri2 dah menjadi seorang pakar motivasi yang berjaya. Amin... Ohh bulan7 ni dia dah nak graduate dah  tahniah k.et. My idol is my own sister bukan retis2 wokeyh ! :P THE END lambai tangan*

Yang ke5 or yang bongsu baru aku . ok aku malas nak taip panjang2 nak kenal aku dengan selanjutnya pandang belah kanan korang tengok atas sekali ade Facebook aku klik je kat situ and korang dah boleh berkawan dengan aku ok . I tak sombong i kakilike lagi . sesiapa yang batak LIKE tu boleh ahh soh aku like status ke picture korang , aku akan like . bergantung pada mood aku jgak. haha. Baru tersedar ok saya ni kejap guna bahasakan diri aku kejap I. haha. Lhantak lah ye. asalkan korang enjoy baca :) . sekian wassalamualaikum !


2 comments:

  1. Dik, akak tertarik dengan abang awak sebab agama yg ada dalam diri dia.
    Tpi malu nak start dlu -.-

    ReplyDelete
  2. adik2..baru kak ika dpt peluang baca..stalker sgt erm..pandai ea describe org ye..sayang die

    ReplyDelete